Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillah wa Alhamdulillah
La taqrabu al -zina
(janganlah kamu menghampiri zina)
Allah berfirman :
" Janganlah kamu menghampiri zina .
Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(surah al - Isra' 17 : 32)
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud:
"setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina.
Kedua dua mata itu berzina
dan berzinanya adalah dengan melihat.
Kedua - dua kakinya juga berzina
dengan zinanya adalah berjalan.
Mulut juga berzina
dan zinanya adalah dengan bercium
dan hatinya juga berzina
dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan - angan.
Tetapi kemaluanlah yang akan
membenarkan atau mengingkari
zina tersebut"
(riwayat Ahmad)
Allah tegaskan kita
jangan mulakan zina dengan menghampirinya
walaupun selangkah!
p/s : semoga Allah melindungi diri ,
dari sekecil2 zina hinggalah sebesar2 zina.
ameen.
No comments:
Post a Comment