Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

Oct 22, 2013

sibuk sekarang.

Alhamdulillah , ada hikmah Allah pilih untuk bekerja dan membantu persatuan , mungkin rasa sibuk sedikit ini akan membuatkan rasa lebih sedia untuk rasa sibuk masa HO nati. Tetapi dalam masa sama tetap prioritykan study.

Dan mungkin nanti , akan lebih sibuk dengan kerja mungkin double sibuk dari kerja persatuan , sekurangnya kita dah pernah rasa sibuk berbanding tak sibuk langsung.
dan sebagai doktor turut akan kena studykan bila balik kerja pun. Cuma kerja yang priority.

*selalu dengar akan ayat , sebenarnya orang yang bijak dan sibuk akan pandai untuk menyusun waktunya*
*setahun belajar untuk cari hikmah , semoga tahun ini tuk praktikalnya*

tahun repeat year , banyak mengajar cm mane nk manage time wisely.

yup repeat year mmg org xnak , tp hanya orang terpilih yang akan sebut Alhamdulillah dari hikmah repeat year.

Semoga pengalaman sekarang , memudahkan yang kemudian.

Alhamdulillah,
Biiznillah.


sambut pelajar baru.
sibuk yang mengajar
bukan sibuk yang sia-sia
habiskan masa
:)

Jun 24, 2013

'Saya Budak Repeat'

Saya budak repeat,
setelah jadi stasus semalam,
ramai yang bagi semangat,
maaf,
semangatnya dah separuh hilang,
hilang melayang.

Namun dan memang akan saya teruskan
tapi bukan kerana semangat dalaman
kerana
ibu ayah yang berjauhan.

saya memang berjalan seorangan,
dan memang selama seorangan
kerana saya lain dari orang,
dan hanya Allah yang temankan.

saya ketakutan
takut akan berulang
saya ingin katakan
tetapi hanya hati keluar jeritan,
dan mata keluar tangisan.

Tidak mengapa biarkan saya seorang
saya tahu jalan pulang
bukan saya tidak terima apa yang ditakdirkan
tetapi orang sekililing nampak tidak beri bantuan.
Biarkan saya keseorangan.

saya budak repeat,
saya nampak mata yang merendahkan,
saya nampak mata yang kesiankan
saya nampak mata yang tanpa bantuan.

saya akan teruskan,
biar lelah dalam nafasan,
biar esak dalam tangisan
Allah yang menguatkan.

#tahun yang banyak kekuatan dan juga banyak kejatuhan.




Jun 9, 2013

Repeat 3 kali

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh
Bismillah wa Alhamdulillah

apabila rasa bosan dengan yang lain
blog yang akhir skali yang akan dipandang.
huahua

dan cari blog juge bila dekat-dekat nak exam.
=)
dan cari blog juga bile rase nk larikan diri.

Anis nk activekan balik blog
dan 
nak post blik ape yang di post kat fb

Anis perasan,
kat fb anis jarang post sekrg
klu boley sekali je sehari.
sebb dah tak tahu nak post ape.
dan bila post mesti dah panjang2 dah sekrg.
dah mula malas dengan fb.

dan ade sebab lain. Kua2.

yang ni anis repost balik dari fb ke blog.
supaya nati anis senang cari
apabila rase lemah diri.
=)

Ramai yang taye "k.anis cm mane nk stdy microb??"
dalam hati "adik ni cm silap orang je taye."
tapi mulut laju je jawab "repeat 3 kali"

lepas bagi jawapan tanpa fikir , baru berfikir setelah bagi jawapan.
Anis,Allah nak ajar kamu dari soalan-soalan orang-orang yang bertanya.
Allah ilhamkan jawapan kamu adalah untuk orang lain dan untuk KAMU SENDIRI!

betul!
bagi anis , Allah nk ajar Anis lepas-lepas ni jika boley baca buku ulang 3 kali.
sebelum kelas , balik kelas dan sebelum exam.
dan dalam masa yang sama Allah nk ajar , ilmu itu kene di ulang2, sebab tu ada istilah
mengulangkaji.

p/s: jangan tiru k.anis bace 3 kali = repeat paper 3 kali.
cuba untuk 3 kali bace = ambik paper 1 kali.

p/s untuk DIRI SENDIRI : praktik tahun ni dan juga tahun-tahun yang akan datang.in shaa Allah.

semoga Allah berkati masa dan juga berkati ilmu yang diajarkan kepada kita. 

Apr 8, 2013

Wah Hebat!




ok ini banner yang cantik.
dapat bace dok??
ini program Interchapter Games (ICE)
lawan bola baling antara muhafazah.

ini dia kumpulan penyokong a.k.a cheers Tanta
semangat kot
boleh dikatakan suara penyokong Tanta
konker dua2 padang.. hoho

ini dia!
ni baru separuh daripada kami.
:)
dan perhatikan
anis rase Tanta je yang bawak payung.
haha
korang ni lawak la.

Ini dia Our Teams
Sawi Vs Timun
Team A vs Team B
(team A yang duduk)
bila gabung
jadi SaMun
senang sikit kami pihak penyokong nk buat cheers.
lawan untuk tempat 3/4
same2 lawan.
deorang cakap x macam lawan pun.
lebih kepada training
lawan dengan harmoni je.
tapi last2 Team A yang menang =)



ni time nak perasmian pagi. =)
siap ade tazkirah lagi dari MC PERUBATAN.
untuk sentiasa ingat-mengingati.
baguskan??
i luv PERUBATAN much.
=)

ini bendera PCT
PERUBATAN cawangan Tanta
Athirah Rahim n Anis
Athirah adalah AJKT Biro Sukan dan Aktiviti Luar PCT.
dia yang baik dan mesra.
dia yang semangat.
semoga dipermudahkan urusan sahabatku dalam pejuanganmu untuk Islam.

T untuk Tanta
dan
T juga untuk Tolak.
haha

tadaaa!!
ini xde kne mngena dengan kami
ini adalah maskot PERUBATAN Cawangan Azhar.
kreatifkan??
dan tahniah kepada Azhar kerana menjadi johan untuk kali ni
=)

ini dia 
pihak penyokong Tanta tengah berbincang untuk mulakan cheers.
mantap! yosh!


 
=)
tidak boleh lupakan dan tak akan lupakan
saat ini.
terima kasih semua.

sebelum masuk padang.
berdoa untuk dipermudahka segala urusan.
ya!!
kebergantungan kepada Allah itu atas segala perkara.
ya!
walaupun hanya main sukan.

dan ketika ini
tengah rehat
pihak penyokong Tanta cuba relaxkan player
denagn mengibas player.hoho
nampak x teamwork ahli Tanta disitu.

Bersyukur anis
kerana Allah tempatkan anis di Tanta
di mana bond Ukhwah yang kuat.
tak kira senior atau junior.
Betullah dari dulu orang ramai kate
Tanta ni assobiyah,
bukan assobiyah
tapi bond ukhwah tu kuat dan kukuh
semoga bond ukhwah Tanta lebih kuat dan kukuh
hingga ke generasi2 yang akan datang.

akhir sekali,
anis tinggalkan untuk semua cheers kami =)

takut tak takut?!
takut , takut , takut!!!
gentar tak gentar?!
gentar , gentar , gentar!!!
kuat tak kuat?!
kuat , kuat , kuat !!!
hebat tak hebat?!
hebat , hebat, hebat!!!

wah hebat , wah wah hebat hebat!! 3x

=)

p/s : Bagi yang kurang sihat selepas ICE , 
semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan menyembuhkan kamu 
daripada sebarang penyakit.
ameen
=)

Mar 14, 2013

Tahun Akhir.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillah Wa Alhamdulillah.

*malasnyeeeee*

erk ok no point.

Bukan akhir tahun untuk Pengajian PERUBATAN
tetapi
semoga tahun ini adalah tahun akhir anis stay kat tahun 3 PERUBATAN
nak naik tahun 4 pulak la tahun depan.

dan dengan ini , 
anis akan isytiharkan anis punya jadual perang
supaya semua orang boley doakan anis
untuk menerima kemenangan yang BESARR! 
untuk tahun ni.

tadaaaa!
*credit to Shahir Rahmat*

Microbiology yang last jugak
walaupun dalam hati doa untuk dapt awal
tapi xpe mgkin ade hikmah Allah letak microb lambatkan.
Sebab Allah tahu yang terbek. :)

doakan anis tak malas
doakan anis lulus
doakan anis dapat balik jupa mak dan chek 
dalam keadaan yang sihat.

*cari semangat homsick yang mai*

terima kasih atas doa semua
terharu!
*perasan*

Feb 6, 2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah ari ni ade sekidit manfaat masa 
dan ilmu dapat dari pukul 9-11

hari ni dapat belajar cam mana nak suture 
untuk bakal doktor perkara ni la
yang akan rasa menyeronokkan hoho..
ke anis je yang rase seronok.

ape2 pun boley buat preparation untuk jadi doktor kan
bagi anis rase semakin seronok 
dan bersemnagat nak jadi doktor
bila belajar benda2 ni semua
mungkin untuk anis ,
anis kena ingtkan diri setiap hari
yang bahawa anis ni adalah bakal doktor
in shaa Allah.

semalam dah beli barang siap2 
sebab nk g esokkan harinya
program ni dianjurkan oleh 
SPOT (Skilled physicians of Tanta)
yang dihandlekan oleh orang arab
pelajar universiti Tanta jugak la.
free je.
ni dia :)

ni barang yang di beli
syringe ade 4 size
3ml , 5ml ,10ml dan juga 30ml.
untuk ambik darah ataupun inject ubat.

dan yang ade warne2 tu adalah cannula
ade 4 jenis jugak
anis beli dua warne je sebab yang average size punye
biru dan pink.



ni plak barangan untuk suture.
span *sebgai pengganti kulit*
jarum benang , neddle holder , scissor dan forcep.
*name intruments pun tunggang terbalik lagi* hoho.
xpe2 ade mase lagi belajar.

testing testing!
yang ni name de cara jahit 'simple interrupted'
untuk injury yang xde gap.
tapi klu yang ade gap atau injury de terbukak luas
kite akan gune cara jahit verticle atau horizontal dulu.


yang ni tengah menjahit!

ni tuk lahitan CPR.
sorang2 boley try.


inilah pesakit saya hari ni.
Alhamdulillah dia tido dengan selamatnya
selepas saya melakukan CPR kepadanya.
jaga diri ya.
=)

p/s;setiap hari hari perlu mengingatkan diri ini bahawa anda adalah bakal doktor!
sentiasa ingat seorang doktor mestilah merawat pesakit dengan kerjasama antara tangan dan hati.
kerana pesakit adalah manusia seperti doktor!




Feb 2, 2013

Untuk Bakal Muslim Doktor

Mutiara ilmu dari Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani
(Consultant , Vascular & Laparoscopic Surgeon,
Ahmed Mahir Teaching Hospital, Cairo)

1. Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam bidangnya. Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat pengajian perubatan, aku terfikir untuk keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong berbuat demikian namun aku mengambil keputusan untut tetap meneruskan pengajian walaupun dalam keadaan payah. Imam Syafie berkata: Jika kamu meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy)

2. Seorang doktor Muslim perlu menguasai ilmu qawaid fiqhiyyah dan qawaid tibbiyah. Perlu juga menguasai maqasid syari’yyah iaitu menjaga akal, harta, agama, maruah dan nasab. Contohnya dalam masalah percampuran nasab seperti bank sperma, ini dilakukan oleh mereka yang jahil dan tak beriman kepada Allah. Tak patut bagi seorang doktor Muslim melakukan demikian kerana kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.

3. Seorang guru kamu yang mahir dalam ilmu perubatan umpama syeikh kamu dalam agama. Bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu daripadanya.

4. Doktor Muslim perlu menguasai sepenuhnya ilmu perubatan. Jika dia mengambil keputusan untuk membedah seorang pesakit, padahal ada cara lain yang lebih baik untuk merawat pesakit tersebut, tetapi tidak diketahui oleh doktor tersebut lantaran kurang ilmunya, maka dia akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti. Doktor perlu tahu sejauh mana keperluan untuk melakukan pembedahan atau tidak, terutama kepada pesakit yang datang yang minta dibedah untuk mengubah ciptaan Allah. (pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan). Doktor Muslim tersebut perlu mengetahui hukum dan menasihati pesakit tersebut dengan baik.

5. Doktor Muslim perlu menghormati manusia sebagai ciptaan Allah. Sebenarnya, kebanyakan ilmu perubatan yang dipelajari hari ini diambil dari fahaman Barat yang menganggap manusia umpama sekeping daging yang tak berguna, bukan makhluq Allah yang perlu dihormati. Kita perlu perbetulkan kembali fahaman yang salah ini. Hubungan dengan pesakit adalah hubungan kasih sayang dan rahmah dengan makhluq Allah, bukan merawat dengan tujuan untuk membuat uji kaji atau bereksperimen. Anggaplah pesakit umpama diri kita sendiri yang perlu ditolong, pasti kita akan memberikan rawatan yang terbaik.

6. Doktor Muslim perlu arif dengan perkembangan terkini dan semasa ilmu perubatan, kerana ilmu ini berkembang dengan pesat, serta kaitkannya dengan hukum agama.

7. Doktor wajib menjaga rahsia dan aurat pesakit, dilarang berdua-duaan dengan pesakit yang berlainan jantina. Buka aurat untuk pemeriksaan sekadar perlu @ darurat @ jika tak dapat dielakkan sahaja.

8. Pastikan doktor Muslim ini berbeza dengan doktor bukan Islam. Kamu bukan dijadikan untuk dunia, tetapi kamu dijadikan untuk akhirat. Rezeki sudah ditentukan Allah, itqan (bersungguh-sungguh) dalam pekerjaanmu itulah yang dituntut. Hikam Ibhu A’thaillah menyebut: kamu sibuk dengan perkara yang telah ditentukan (rezeki), dan menjauhkan diri dari perkara yang dituntut (bersungguh-sungguh) adalah dalil Allah mencabut pandangan baik dari jiwa kamu.

9. Saidina Ali meyebut; Kedudukan seseorang adalah pada apa yang dia kuasai, bukan apa yang dia miliki. Apa yang mampu kita beri pada orang lain itu lebih baik daripada apa yang kita miliki.

10. Penting bagi seorang doktor Muslim terlibat dengan misi kemanusiaan. Aku pernah bertanya kepada Dr. Abdul Qadir Qutb, seorang pakar pembedahan tentang bagaimana untuk menjadi hebat dalam bidang ini? Beliau menjawab: Mahu tak mahu, kamu perlu terlibat dalam misi peperangan, maka kamu akan mendapat pengalaman umpama kamu terlibat dalam ilmu perubatan selama 20 tahun.

11. Ketika terpilih untuk misi kemanusiaan di sempadan Afghanistan,aku sempat merawat 150 orang pesakit. Seorang doctor Afghanistan merasa kagum lantaran banyak pembedahan yang aku lakukan berjaya. Beliau bertanya apakah rahsianya dan aku menjawab; Aku bukan membuatnya dengan tangan, tetapi aku membuatnya dengan hati.

12. Pesanan untuk pelajar perubatan; tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia. Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya, bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah

~Manusia adalah ciptaan Allah yang agung, jadi persediaan untuk merawat makhluq Allah ini perlulah hebat.

Dataran Hayyu A’syir, 7 April 2012.
Wallahua’lam.

By Ahmad Nazmi Mohamad.

Jul 17, 2012

'Field Visit , Campaign Health'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillah wa Alhadulillah

Alhamdulillah 3x
bersyukur kepada Allah
kerana Allah 
mengaturkan yang terbaik untuk hambaNya

dan Alhamdulillah
setelah habis exam
Allah tidak memberikan rasa bosan
kepada anis. 
=)

kerana setiap hari diisi 
dengan program
yang dapat diberi pengalaman.

dan salah satunya adalah
'Field Visit , Campaign Health'
walaupun membuat keputusan last minute
tp ianya memberikan hasil.

dalam program ni
kami pergi melawat
perkampungan orng arab
yang mana kami 
bergabung dengan Persatuan student arab Universiti Tanta

sampai kat sana kami
perlu memilih departmen mane yang kami nak
dan umirah , anis dan afaf
pilih untuk surgery =)
sebelum bertolak lagi
hanif (ketua) dah bgtau awal2 yang surgery ni
x ramai orang.
kiteorang setuju je.

bila sampai sana 
memang deparment surgery yang paling skit.
dah la doktor taye pesakit dalam bahase arab
jadi kiteorang 3 orang ni x fhm la sngt
tp Alhamdulillah bertemu dengan senior arab yang baik hati yang turut sama
join department surgery untuk explain blik ape yang doktor cakap n patient complain.

syukur2 sekurang2nye dapat input skit
dan doktor yang surgery pun baik (sorang je)
doktor terkejut kerana kiteorang sume tahun 3. hehe
dan senior2 arab semua tahun 6
hoho.. tp x terasa inferior pun
sebb nk belajar.
doktor siap taye2 plak soklan2 untuk tahun 3.

dan tgok gambar je la ye >.<'

ni ikhwah2 malizi yang khusyuk duk tgok patient and dengar explaination dari doktor.




ini la doktor surgery tu.. yang 2 orang belah sana adalah senior arab tahun 6!


umi , anis dan afaf.

dan inilah KAMI!