Feb 20, 2015

Akhlak seorang muslim doktor

[Perkongsian APPLE GOLD]

Dalam slot Tatatertib Sebagai Seorang Doktor Muslim oleh Ustaz Shafiq Sahimi. Sedikit perkongsian, apabila sudah menjadi  doktor;

1. Risalah ialah memberikan khidmat kesihatan dan jangan melampau untuk menaikkan harga bayaran perkhidmatan. Ambillah bayaran mengikut kadar kebiasaan. Memberi khidmat kepada manusia mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.

2.Jangan takbur dan sombong kepada orang yg mengangkat diri anda menjadi doktor. Sebab kita memrlukan orang lain,manakala orang lain juga memerlukan kita semasa mereka sakit.

3.Mesti jadi amanah, jika mahu memeriksa kaki paras lutut. Mesti periksa bahagian yang berkaitan sahaja.

5.Penampilan yang baik bagi doktor sangat penting. Qudwatun solehah untuk pesakit sangat penting. Jika doktor menasihati pesakit untuk jangan merokok, doktor itu mestilah juga tidak merokok. Orang Muslim mesti jaga solat, jika tidak, segala yang dilakukan oleh doktor dalam amalan kerjaya perubatannya ditolak. Sesungguhnye perkara pertama yg dihisab adalah solat.

6.Tidak boleh seorang lelaki dengan pesakit permpuan berdua-duaan (khalwat). Melainkan adanya mahram yang menemani. Kerana selepas kewafatan rasul, fitnah terbesar adalah wanita.  
                          
7.Jadi itqan dan paling teliti. Jangan buat krja sambil lewa. Allah mencintai orang yang buat kerja teliti.

8.Doktor kena tahu perkembangan perubatan dari semasa ke semasa. Kalau tidak akan jadi doktor muslim yang dalam kemunduran. Jadi kena tahu benda baru.

9.Ade orang faqir, sakit tenat tapi kita tidak bantu. Maka ini bukan akhlak doktor muslim.

10.Jika tidak tahu hendak selesaikan masalah pesakit. Kena rujuk kepada yang lagi tahu. Tunjuk amanah dalam bekerja.

11. Anda muslim, seorang doktor dan daie. Yang datang  itu jadikan mad'u dan sebarkan Islam. Berdakwah dengan berkata yang menyembuh adalah Allah bukan doktor. Doktor adalah wasilah.

"Bridging the Community"
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Tanta 14/15.

Sep 30, 2014

Emak Teman sejati

Bila ku rasa , aku tak diperlukan orang sekeliling.
Apabila ku rasa serabut akan dengan keadaan sekeliling,
Apabila ku rasa tiada kasih dan sayang dari sekeliling.

Aku rasa ingin pergi kepada seorang, yang siapa aku yakin dia akan sayangku sampai mati.

Emak.
😭.
Kini ku akui, dia teman sejati.

Jun 26, 2014

Sabar atas ujian


ibtasem:
Do not tell me 
that crying is a 
sign of weakness.
If I can use water 
to keep my body
free from dirt,
then I can also 
shed tears to 
remove the burden
from my soul.






Lebih berfikir

Andai satu masa aku gagal,
Aku cuba berusaha,

Andai satu masa aku gagal,
Aku cuba berjaya.

Andai satu masa aku tak nampak jalan usaha dan berjaya dalam satu jalan.
Aku harap aku masih dapat, berfikir lebih dari biasa.

Jun 23, 2014

Penemuan baru!!

Assalamualaikum.
Alhamdulillah wa bismillah.

Lama tak bukak blog, disebabkan nk exam ni rasa macam nak cakap banyak , jika post dekat FB, rasa mcm tak sedap post panjang. Hua2

Berkenaan dengan penemuan baru tu, haaa ni nk cerita ni, sejak kebellakangan ni, erk ke mgkin anis je yang baru jumpa.
Ahh biar la nak cerita juga.

Ada banyak perkataan baru yang mana tidak diketahui akan asal usulnya dari negara mana atau mgkin dari negeri mana haaa atau mgkin dari planet lain! 😱.

Nak google translate pun mesti di jawab Not found!

Contoh nye titew, atau nux , atau tayang tangat2.
Errkk.

-
Aish. Perkataan ni digunakan oleh kebanyakkan remaja zaman sekrg ni.

Tak faham, 
De nak cakap pelat ke ape sebnrnye?
Bila anis bace rase mcam berbelit lidah.

Ohh ke mungkin dekat sekolah-sekolah sekrg ni ada silibus baru yang guna perkataan tu.
Aish balik Malaysia kena check ni.
Maklumla kita dah lama tinggal zaman sekolah ni.

Rasanya bahasa melayu lagi cantik takyah tukar3. Rasa macam lembut dengan dan xyah fikir 2 3 kali maksdunya.

Uish rasa jiwa protes plak tgok orang tulis guna perkataan tu.

Semoga bahasa melayu dijaga keasliannya.
Chewah!

Ok tu je.
Salam!

Oct 22, 2013

sibuk sekarang.

Alhamdulillah , ada hikmah Allah pilih untuk bekerja dan membantu persatuan , mungkin rasa sibuk sedikit ini akan membuatkan rasa lebih sedia untuk rasa sibuk masa HO nati. Tetapi dalam masa sama tetap prioritykan study.

Dan mungkin nanti , akan lebih sibuk dengan kerja mungkin double sibuk dari kerja persatuan , sekurangnya kita dah pernah rasa sibuk berbanding tak sibuk langsung.
dan sebagai doktor turut akan kena studykan bila balik kerja pun. Cuma kerja yang priority.

*selalu dengar akan ayat , sebenarnya orang yang bijak dan sibuk akan pandai untuk menyusun waktunya*
*setahun belajar untuk cari hikmah , semoga tahun ini tuk praktikalnya*

tahun repeat year , banyak mengajar cm mane nk manage time wisely.

yup repeat year mmg org xnak , tp hanya orang terpilih yang akan sebut Alhamdulillah dari hikmah repeat year.

Semoga pengalaman sekarang , memudahkan yang kemudian.

Alhamdulillah,
Biiznillah.


sambut pelajar baru.
sibuk yang mengajar
bukan sibuk yang sia-sia
habiskan masa
:)

Oct 20, 2013

Sayang Menyayang

:)
Assalamualaikum.

Kita selalu nak orang sayang kita,
"Orang sayang" kita ni meluas maksudnye,
mak ke , ayah ke , isteri ke , kawan ke,
setiap orang ingin disayangi.

kadang-kadang rasa cemburu jeles,
bila mana kite rase kita xde effect bg orang sekeliling,
bila kita tiada orang tak cari , bila kita ada orang tak tengok
bila mana bile befday de ramai yang ucap ,
befday kite boley kire sape yang ucap ,
bilamana dia sihat orang taye ,
bila kita sakit , orang tahu sahaja,

haha.
gelak tenangkan hati.

kita rasa , kita sngt baik kepada orang sekeliling
dan sayang seikhlas orang sekeliling,
tapi pusing-pusing kite tetap sendiri,
kita harapkan orang sekeliling sayang balik kita ,
dan rase kite sayang lebih dari orang lain.
begitukah?
rasa sayang kamu setandingkah dengan orang lain?

kamu belum ikhlas bila mana kamu sayang hanya
ingin dapt balik sayang orang sekeliling.

Tak perlu cemburu, dengki dan jeles,
dan seumpama dengannya
apabila nampak ukhwah orang lain lagi mantap,
ukhwah orang nampak hebat,
yang pasti check balik diri kamu ,
adakah kamu ikhlas dalam menyayang orang sekeliling ,
adakah kamu hebat dalam jaga ukhwah kamu.

Ingat!
Sayang datang dari Allah,
bukan datang bilamana kamu sayang orang sekeliling dan niat sayang kamu kerana nak disayangi
itu mengade namanya.

#muhasabah
#random
#orangtakpandainakmengayat