Feb 20, 2015

Akhlak seorang muslim doktor

[Perkongsian APPLE GOLD]

Dalam slot Tatatertib Sebagai Seorang Doktor Muslim oleh Ustaz Shafiq Sahimi. Sedikit perkongsian, apabila sudah menjadi  doktor;

1. Risalah ialah memberikan khidmat kesihatan dan jangan melampau untuk menaikkan harga bayaran perkhidmatan. Ambillah bayaran mengikut kadar kebiasaan. Memberi khidmat kepada manusia mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.

2.Jangan takbur dan sombong kepada orang yg mengangkat diri anda menjadi doktor. Sebab kita memrlukan orang lain,manakala orang lain juga memerlukan kita semasa mereka sakit.

3.Mesti jadi amanah, jika mahu memeriksa kaki paras lutut. Mesti periksa bahagian yang berkaitan sahaja.

5.Penampilan yang baik bagi doktor sangat penting. Qudwatun solehah untuk pesakit sangat penting. Jika doktor menasihati pesakit untuk jangan merokok, doktor itu mestilah juga tidak merokok. Orang Muslim mesti jaga solat, jika tidak, segala yang dilakukan oleh doktor dalam amalan kerjaya perubatannya ditolak. Sesungguhnye perkara pertama yg dihisab adalah solat.

6.Tidak boleh seorang lelaki dengan pesakit permpuan berdua-duaan (khalwat). Melainkan adanya mahram yang menemani. Kerana selepas kewafatan rasul, fitnah terbesar adalah wanita.  
                          
7.Jadi itqan dan paling teliti. Jangan buat krja sambil lewa. Allah mencintai orang yang buat kerja teliti.

8.Doktor kena tahu perkembangan perubatan dari semasa ke semasa. Kalau tidak akan jadi doktor muslim yang dalam kemunduran. Jadi kena tahu benda baru.

9.Ade orang faqir, sakit tenat tapi kita tidak bantu. Maka ini bukan akhlak doktor muslim.

10.Jika tidak tahu hendak selesaikan masalah pesakit. Kena rujuk kepada yang lagi tahu. Tunjuk amanah dalam bekerja.

11. Anda muslim, seorang doktor dan daie. Yang datang  itu jadikan mad'u dan sebarkan Islam. Berdakwah dengan berkata yang menyembuh adalah Allah bukan doktor. Doktor adalah wasilah.

"Bridging the Community"
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Tanta 14/15.

No comments:

Post a Comment