Jun 24, 2013

'Saya Budak Repeat'

Saya budak repeat,
setelah jadi stasus semalam,
ramai yang bagi semangat,
maaf,
semangatnya dah separuh hilang,
hilang melayang.

Namun dan memang akan saya teruskan
tapi bukan kerana semangat dalaman
kerana
ibu ayah yang berjauhan.

saya memang berjalan seorangan,
dan memang selama seorangan
kerana saya lain dari orang,
dan hanya Allah yang temankan.

saya ketakutan
takut akan berulang
saya ingin katakan
tetapi hanya hati keluar jeritan,
dan mata keluar tangisan.

Tidak mengapa biarkan saya seorang
saya tahu jalan pulang
bukan saya tidak terima apa yang ditakdirkan
tetapi orang sekililing nampak tidak beri bantuan.
Biarkan saya keseorangan.

saya budak repeat,
saya nampak mata yang merendahkan,
saya nampak mata yang kesiankan
saya nampak mata yang tanpa bantuan.

saya akan teruskan,
biar lelah dalam nafasan,
biar esak dalam tangisan
Allah yang menguatkan.

#tahun yang banyak kekuatan dan juga banyak kejatuhan.




No comments:

Post a Comment