Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillah wa Alhamdulillah
=)
Mati dalam iman adalah menjadi impian
dan harapan setiap Muslim.
Husn al -khatimah ( kesudahan yang baik)
perlu diusahakan dari awal usia
kerana mati itu datang tiba2
usahakan agar biografi hidup kita
tamat dengan 'hepy ending'
Kenali tanda2 husn al-khatimah
1) Diakhiri dengan lafaz syahadah
Daripada Mu'az r.a bersabda
Rasululluah s.a.w yang bermaksud :
"sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka
dia dimasukkan ke dalam syurga."
(riwayat Abu Daud dan al-hakim)
2) Dahinya berkeringat
Ini berdasarkan daripada Buraidah Ibn al-khasib berkata:
"Allahuakbar sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda
(maksudnya) ; 'Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya."
(riwayat Ahmad , al - Nasa'i , al-Tarmizi , Ibn Majah dan lain-lain)
3) Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah
yang bermaksud:
" Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat
atau malam Jumaat
kecuali pastilah Allah
menghindarkannya daripada seksa kubur."
(riwayat Ahmad)
4) Mati dalam keadaan melakukan ibadat
seperti mati ketika sedang solat ,
puasa , umrah , haji atau berjihad
5) Pujian daripada orang Islam
terhadap si mati
P/s : semoga kita ada tanda2 Husn al-khatimah
semasa kita mati.
Buat baik selagi ada masa =)
No comments:
Post a Comment