Jul 19, 2011

Sahabatku Cermin Peribadiku

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh
Bismillah wa Alhamdulillah

Ya Allah , kiranya RasulMu bersahabat,
kurniakan juga aku sahabat,
tapi biarlah sahabat yang membenarkanMU seperti As-Sidiq.
Biarlah sahabat seperti ilmuMU seperti Ali KWJ.
Ya Allah sekiranya semua itu tak layak buatku,
Aku bersyukur kerana bertemu dengan sahabat yang dapat menjadi cerminku.

 Aku menginginkan seorang sahabat
yang sanggup untuk menjadi cerminku
supaya dia dapat sentiasa melihat peribadiku
dan mampu untuk menegurku apabila
peribadiku jauh sekali dari syariatmu

Dan aku mengidam sekali untuk seorang sahabat
untuk menjadi cerminku
supaya apabila aku terasa layu
dialah yang menyegarkan aku
dengan kalimah-kalimahMu Ya Rabb

Dan aku menghidu untuk seorang sahabat 
untuk menjadi cerminku
dimana apabila aku asyik dengan 
cinta manusia
dia membawaku untuk Cinta AgungMu

Dan aku mengintai seorang sahabat 
untuk menjadi cerminku
untuk menjadikan aku lebih baik dari semalam.

Dan aku yakin 
Allah telah ketemukan aku dengan
cermin peribadiku
dengan adanya sahabat-sahabat 
sekarang...

Aku tak inginkan
cermin yang dari emas dan perak
tapi kabur dengan membisu
namun cukup hanya kelilingnya dari kayu
tapi dapat melihatkan diriku
menjadi yang solehah dan berakhlak...

Khas untuk sahabat yang dicari dan yang dah diketemui...







1 comment: