Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillah wa Alhamdulillah
Ya Allah sihatkanlah tubuh badan Ratu hatiku,
Ya Allah murahkanlah rezeki Ratu hatiku,
Ya Allah permudahkanlah segala urusan Ratu hatiku,
tak kira urusan dunia ataupun urusan akhirat....
Ya Allah , aku sayang akan Ratu hatiku...
kerana Ratu hatiku inilah makhlukmu yang pertama aku sayang...
siapakah Ratu hatiku ini??
sebelah kanan itu adalah Ratu hatiku...
dan yang sebelah kiri Raja hatiku,,,
sebab kalau emak Ratu ayah mesti Raja kan???
dan siapa pula Putera yang berada dalam hatiku???
ku tinggalkan persoalan...
sebab itu bukan tajuk utama...hehe
Haziah binti Mohd
tarikh lahir 7 julai 1961
esoklah tarikh itu...
tetapi anis masih tiada disisi untuk raikannya..
sejak tahun 2004 hingga sekarang
anis hanya mampu telefon sahaja untuk mengucapkan
selamat hari jadi untuk mak,
dan mendoakan seperti mana
orang lain mendoakan bg sesiapa yang mnyambut
ulang tahun kelahiran...
senario untuk tiap2 tahun.
As: mak, selamat hari jadi..mesti adik org 1st ucp ork..
mak : terima kasih..tak la...angoh tpun dah smlam
As: (dalam sedy , sbb x ley jd org 1st)
mak mtak maaf adik x beli pn hadiah ke mak..
nati blik adik beli ok!
mak : xpe xyh pn xpe..mak nak tgok anak2 berjaya pun ckup dh
As: ok adik bg ke mak hadiah akhir thun ok...
( mengharapkan keputusan yg cemerlang untuk dijadikan hadiah)
Alhamdulillah masa PMR memang mnjadi hadiahnya...
tetapi bagi SPM hadiahnya x secantik PMR..
walauapepun mak masih terima dan tersnyum...
takpe adik....
Alhamdulillah masa 1st year Perubatan..
sekali lg hadiah yang bermakna bg Ratu hatiku..
tetapi masa tu ratu hatiku x thu yang bhawa Mumtaz tu paling tggi..
masa anis bgtau...mak cm bese je...
dan cakap Alhamdulillah..
sbb mase tu mak ingat JJ yang tinggi skali..
anis pun ckap dlam hati..
xpe mak mungkin x thu....
Ku mengharapkan tahun ini juga hadiah yang cantik
akan kuberikan...
dangan hadirnya diriku di raya Aidilfitri tahun ini..
ameen..
kerana itu yang diinginkan oleh Ratu hatiku...
Itulah Ratu hatiku..
yang sebelum anis datang mesir xpernah ade history darah tinggi..
tp apabila anak bongsunya berjauhan dan dengan sedikit kesempitan wang
masa tahun 1 perubatan kerana tiada tajaan..
membuatkan Ratu hatiku terkena Darah Tinggi..
Alhamdulillah sekarang dah stabil..
Minta Maaf mak,
kalau adiklah yang meng'advance'kan kehidupan mak..
ketahuilah Adik sayang Mak..!
Ya Allah sihatkan tubuh badan Ratu hatiku
dan murahkanlah rezekiku
supaya aku dapat pulang malaysia
dapat peluang untuk
berhari raya dan mencium tangan Ratu hatiku lagi
untuk tahun ini....
Dari anak yang merindui Ratu hatinya..
salam kak anis..
ReplyDeletebertuahkan rasanye dpt ratu hati yg sanggup berkorban segalanya demi kita puteri yg dicintai dunia akhirat..
yg sanggup meminjamkan rahimnya sbg tempat tinggal sementara kita sebelum melihat realiti dunia kan..
alhamdulillah,
Allah mengetahui hasrat hati kita.. bersabarlah.
tahniah kak anis :)