Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallammenyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")
p/s: cume nak share ape yg sye dapt...huhu...jom sme2 ambik pluang kmpulkan amlan pde bulan rejab ni..kite xthu rejab thun depan kite dpt jumpe x...
klu sape2 yg dh amalkan Alhamdulillah.moge2 istiqamah juge tuk thun ni,
bg yg kadg2 buat,kdg2 x...ambil pluang thun ni pun buat juga amalan dlm bulan rejab wlaupun sedekah 5 sen @ pose sehari,moge ianya dikira Allah,
bg yg x pernah buat lgsung...buat la skali dlm seumur hidup....moge2 yg skali tu Allah kira tuk kite masuk Syurga Firdaus Allah..ameen.
10-Q(tuk diri sndiri punye ingt jugk)
No comments:
Post a Comment